Barty tarik diri kejuaraan di Indian Wells

Barty
Barty
A
A
A

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Ash Barty mengesahkan menarik diri dari kejuaraan WTA 1000 di Indian Wells bulan depan, jurucakap penganjur sekaligus menimbulkan persoalan mengenai status bintang tersebut musim ini.

Juara Wimbledon itu kali terakhir beraksi adalah di kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan beliau tersingkir pada pusingan ketiga.

Penarikan diri Barty, merupakan kejutan terbaharu selepas juara edisi 2018 Naomi Osaka dan Serena Williams mengesahkan tidak mengambil bahagian kali ini.

Bulan lalu, jurulatih Barty, Craig Tyzzer berkata, pemain itu berkemungkinan tidak akan mempertahankan kejuaraan WTA Finals selepas lokasi kejuaraan terakhir tersebut dipindah ke Mexico.

Tegas Tyzzer, Barty terpaksa melalui proses kuarantin selama dua minggu apabila kembali ke Australia selepas kejuaraan di WTA Finals di Guadalajara, yang jelas bukan sesuatu praktikal sebagai persiapan menjelang saingan Terbuka Australia pada Januari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!