23 cedera letupan bangunan kediaman di Sweden
ANKARA - Sekurang-kurangnya 23 orang cedera dalam insiden letupan di sebuah bangunan kediaman di bandar Gothenburg, barat daya Sweden pada Selasa.
Tiga wanita warga emas cedera parah dan dihantar ke hospital, lapor Anadolu memetik akhbar Sweden, Aftonbladet.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengenasl pasti punca letupan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!