Zlatan ibarat kelapa, makin tua makin menjadi

Zlatan Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic
A
A
A

PENYERANG AC Milan, Zlatan Ibrahimovic kembali disenaraikan dalam skuad bola sepak Sweden bagi persiapan menentang Kosovo dan Greece pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022, di sebalik terdapat ura-ura kebimbangan terhadap kecederaan lutut yang menyebabkannya disisihkan dari kejuaraan Euro 2020 sebelum ini.

Pengendali Sweden, Janne Andersson menamakan semula pemain sensasi berketinggian 1.95 meter yang bakal berusia 40 tahun pada 3 Oktober depan selepas negara Scandinavia tersebut dikejutkan kekalahan 2-1 kepada Greece setelah mengejutkan Sepanyol sebelum itu.

"Saya mengambil keputusan untuk mengunakan khidmat Zlatan sebab percaya dan berharap kudratnya masih boleh menyumbang keputusan yang positif untuk pasukan bola sepak Sweden.

"Ya, Zlatan sering dibelenggu kecederaan sebelum ini yang menyebabkannya terpaksa melupakan hasrat mewakili pasukan kebangsaan, namun sekarang dia tetap gigih berusaha kembali cergas pada tahap terbaik," ujar Andersson.

Untuk rekod, Sweden kini dikedudukan kedua kumpulan B dengan sembilan mata, empat mata di belakang pendahulu Sepanyol dan tiga mata di depan pesaing terdekat Greece.

Anak buah Andersson dijangka berdepan Kosovo di Friends Arena pada 9 Oktober, sebelum menentang Greece tiga hari kemudian di laman sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!