Dua bintang EPL Korea Selatan perkuat Taegeuk Warriors

Son Heung-Min. - Foto AFP
Son Heung-Min. - Foto AFP
A
A
A

DUA bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) Korea Selatan, Son Heung-min dan Hwang Hee-chan disenaraikan dalam skuad Taegeuk Warriors bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Syria dan Iran.

Skuad kendalian Paulo Bento dijadualkan menentang Syria pada 7 Oktober sebelum berlepas ke Tehran lima hari selepas itu untuk perlawanan menentang pendahulu Kumpulan A, Iran di Stadium Azadi.

Korea Selatan kini mengumpul empat mata selepas mengharungi dua perlawanan - seri dengan Iraq 0-0 sebelum menang tipis 1-0 ke atas Lubnan.

Bagaimanapun Heung-min digugurkan dalam perlawanan menentang Lubnan selepas mengalami kecederaan, namun kembali cergas setelah menyertai Tottenham semula.

Sementara Hee-chan pula semakin cemerlang setelah menyertai Wolverhampton Wanderers secara pinjaman dari gergasi Bundesliga, RB Leipzig pada saat akhir jendela perpindahan pemain berakhir, telah menjaringkan gol pada penampilan ketika menentang Watford bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!