Sheriff Tiraspol 'tembak' Real Madrid di Santiago Bernabeu
GERGASI La Liga, Real Madrid dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada sensasi Moldova, Sheriff Tiraspol dalam aksi kumpulan D saingan Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Gol minit ke-89, Sebastien Thill sudah cukup menghadirkan sejarah kejutan tersendiri dalam penampilan jagoan Liga Juara-Juara itu sepanjang penyertaan di saingan kejuaraan kelab Eropah tersebut.
Sheriff yang melakukan penampilan pertama di Liga Juara-Juara musim ini terlebih dahulu mendahului tuan rumah yang juga juara 13 kali kejuaraan menerusi tandukan minit ke-25 pemain tengah dari Uzbekistan, Jasurbek Yakhshiboev.
Real yang menguasai tempo perlawanan kemudian menyamakan kedudukan hasil jaringan sepakan penalti Karim Benzema pada minit ke-65.
Keputusan di Santiago Bernabeu itu menyaksikan Sheriff kini memimpin kumpulan dengan enam mata manakala Real Madrid kedua dengan tiga mata selepas masing-masing mengharungi tiga perlawanan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!