Pemandu lori maut langgar belakang treler
SEPANG - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya melanggar belakang treler dalam satu kemalangan di Kilometer 42.2 Lebuhraya Utara Selatan dari Bandar Serenia menghala Nilai pada Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.41 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke lokasi kejadian.
Menurutnya, ketika pasukan bomba tiba, didapati mangsa yang membawa lori lima tan tersepit di bahagian pemandu dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Anggota bertugas berjaya mengeluarkan mangsa berusia 41 tahun itu dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!