Tingkat perwakilan wanita di Parlimen tanggungjawab asas parti politik

Siti Zailah dalam sidang akhbar di Parlimen pada Rabu.
Siti Zailah dalam sidang akhbar di Parlimen pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Usaha untuk meningkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus perwakilan wanita di Parlimen merupakan tanggungjawab asas semua parti politik.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, ini kerana bagi mencapai sasaran itu ia bergantung sepenuhnya kepada jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk wanita bertanding sebagai wakil rakyat.

Selain itu, ia juga bergantung kepada jumlah kemenangan yang mereka peroleh nanti.

"Kalau kita lihat pencapaian wanita di Dewan Rakyat hari ini adalah sebanyak 15 peratus, begitu juga di Dewan Negara.

"Jadi, dalam suasana yang ada hari ini saya berharap dalam mencapai sasaran 30 peratus ini ia memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak," katanya pada sidang akhbar di Parlimen pada Rabu.

Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, persekitaran yang menyokong penglibatan wanita secara produktif juga perlu diberi perhatian serius bagi memastikan hasrat itu tercapai.

"Ia perlu bermula daripada memupuk minat melalui latihan dan pendidikan, sehinggalah kepada usaha untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi yang menghalang wanita untuk berkecimpung dalam kepimpinan dan politik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!