Umur manusia boleh cecah 130 tahun
TOKYO - Manusia kemungkinan boleh hidup sehingga umur 130 tahun atau lebih walaupun peluang untuk mencapai usia itu dilihat amat kecil, menurut satu laporan terbaharu.
Satu penyelidikan tentang isu tersebut disiarkan pada Rabu di dalam jurnal 'Royal Society Open Science'.
Ia menganalisis data terbaharu tentang manusia berumur lebih 110 tahun dan yang berusia lebih 105 tahun.
Penyelidikan itu diketuai oleh Anthony Davison iaitu seorang profesor statistik di Institut Teknologi Persekutuan Switzerland di Lausanne.
Menurut dapatan penyelidikan itu, manusia boleh hidup sehingga sekurang-kurangnya 130 tahun.
Penemuan penyelidikan tersebut juga mendapati tidak ada had umur untuk manusia hidup di bumi ini.
Data pertama dalam penyelidikan itu diperoleh daripada Pangkalan Data Usia Panjang Antarabangsa yang mempunyai lebih 1,000 warga emas yang berumur terlalu lanjut dari 13 buah negara.
Dalam pada itu, data kedua diperoleh dari Itali yang terdapat penduduknya berumur sekurang-kurangnya 195 tahun dari Januari 2009 hingga 2015.
Analisis penyelidikan itu juga berdasarkan kepada manusia yang telah pun mencapai umur lebih 100 tahun.
Namun, menurut Davidson, peluang untuk hidup sehingga 130 tahun adalah satu bagi setiap sejuta manusia tetapi ia tidak mustahil boleh berlaku. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!