United Airlines akan pecat pekerja tidak divaksin

Syarikat penerbangan United Arlines akan memecat 593 pekerjanya yang tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19. - Foto AFP
Syarikat penerbangan United Arlines akan memecat 593 pekerjanya yang tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19. - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Syarikat penerbangan United Arlines akan memecat hampir 600 pekerja yang enggan mematuhi arahan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, kata pegawai di syarikat itu pada Selasa.

Setakat ini, terdapat seramai 593 pekerja syarikat itu yang enggan untuk divaksinkan.

Bagaimanapun, kira-kira 2,000 lagi pekerja syarikat tersebut meminta dikecualikan daripada arahan berkenaan atas sebab-sebab kesihatan dan keagamaan, kata pegawai United Airlines.

Jumlah itu adalah mewakili tiga peratus daripada 67,000 tenaga kerja di syarikat penerbangan tersebut.

Pada Ogos lalu, United Arlines mengumumkan semua pekerja Amerika Syarikat (AS) yang bekerja dengan syarikat itu perlu mendapatkan vaksin.

Pekerja itu juga perlu memuat naik kad vaksin mereka ke dalam sistem syarikat penerbangan tersebut.

Lebih 99 peratus kakitangan AS yang bekerja dengan syarikat itu mematuhi arahan tersebut, menurut memo daripada Presiden Eksekutif United Arlines, Brett Hart dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Scott Kirby. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!