140,608 individu hilang pekerjaan sejak Mac tahun lalu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 140,608 individu hilang pekerjaan sejak Mac 2020 hingga 20 Ogos lalu susulan pandemik Covid-19.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, data itu diperoleh menerusi statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Pelbagai tindakan telah diambil kementerian antaranya memberi bantuan kewangan kepada orang berinsurans yang hilang pekerjaan," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang mahu tahu statistik kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat sejak Covid-19 melanda serta bentuk tindakan yang diambil kerajaan untuk membantu golongan tersebut.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, antara bantuan di bawah SIP meliputi faedah berbentuk kewangan dan elaun pencarian pekerjaan.

"Sebagai contoh Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), elaun latihan dan fi latihan," katanya.

Tambahnya, sehingga kini lebih 1 juta pencari kerja berdaftar di portal pekerjaan Myfuturejobs.

Ujarnya, setakat 1 Januari 2021 hingga Ogos lalu, seramai 203,102 individu telah berjaya mendapat pekerjaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!