Pacquiao umum persaraan

Manny Pacquiao FOTO: AFP
Manny Pacquiao FOTO: AFP
A
A
A

BINTANG tinju Filipina, Manny Pacquiao menyifatkan keputusan untuk bersara dari sukan tersebut merupakan satu keputusan yang paling sukar dalam hidupnya.

“Saya mendengar loceng terakhir yang bermakna berakhir sudah karier tinju saya biarpun begitu sukar untuk saya menerima hakikat yang masa saya sebagai petinju sudah berakhir. Hari ini saya mengumumkan persaraan saya,” kata petinju berusia 42 tahun itu menerusi video dimuat naik di laman sosialnya.

Pacquiao dilaporkan bercadang untuk bertanding jawatan presiden pada pilihanraya 2022 mengumumkan perkara itu beberapa minggu selepas tewas perlawanan profesional terakhirnya kepada petinju Cuba, Yordenis Ugas di Las Vegas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!