Pembukaan sektor ekonomi bantu golongan ibu tunggal, asnaf

Mahathir hadir menyerahkan sumbangan kepada penerima di sekitar Segambut pada Rabu.
Mahathir hadir menyerahkan sumbangan kepada penerima di sekitar Segambut pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Pembukaan kembali sektor ekonomi yang ditutup kerana Covid-19 dapat membantu golongan ibu tunggal dan asnaf memperoleh sumber pendapatan.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Mahathir Md Rais berkata, perkembangan positif itu dapat dilihat apabila ada di antara penerima sumbangan dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga secara kecil-kecilan.

“Ada di antara penerima yang tersenarai sebagai penerima sumbangan sebelum ini enggan menerima bantuan, bila kita siasat rupa-rupanya mereka sudah berniaga malah ada yang dapat bekerja kembali,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Mahathir, rata-rata mereka memilih untuk berniaga makanan termasuk kuih-muih kerana ia ringkas dan mudah diuruskan.

“Setakat ini seramai 170 penerima telah menerima sumbangan berupa pemberian khas wang tunai secara one-off dan bakul makanan Prihatin Covid-19 melalui Program Misi Wanita Prihatin anjuran Biro Srikandi Muda Segambut,” katanya.

Mahathir berkata, meskipun mempunyai pendapatan, bantuan tetap disalurkan memandangkan penerima tergolong dalam kalangan asnaf dan ibu tunggal.

“Sumbangan kali ini tertumpu di kawasan Taman City Kanan, Kampung Sungai Udang, Segambut Tengah, Kampung Sungai Penchala dan Bandar Manjalara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!