Urusan pelajaran, kecemasan, PJJ tidak perlu mohon MyTravelPass

Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai yang ingin keluar negara di atas urusan pembelajaran, kecemasan, bertemu pasangan jarak jauh (PJJ) dan beberapa urusan lain akan diberikan pengecualian daripada memohon MyTravelPass (MTP) Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pengecualian itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai dokumen berkaitan tujuan perjalanan yang lengkap berkuat kuasa Jumaat ini.

"Antara golongan yang diberikan pengecualian adalah pelajar yang baru mendapat tawaran belajar di universiti luar bersama dua orang pengiring, pelajar lama yang menyambung pelajaran bersama dua orang pengiring, dan pelajar yang menduduki peperiksaan bersama dua orang pengiring.

"Selain itu, golongan dengan urusan kecemasan seperti kematian, sakit kritikal, urusan bertemu suami atau isteri di luar negara di mana perkahwinan hanya didaftarkan di luar negara turut diberi pengecualian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Khairul Dzaimee berkata, turut diberi pengecualian adalah mereka yang ingin menyertai acara sukan, seminar, mesyuarat, dan kerja-kerja berkaitan misi kemanusiaan.

"Jabatan ini juga juga ingin menjelaskan bahawa diplomat Malaysia dan diplomat asing kekal tidak perlu memohon MTP seperti ketetapan sedia ada," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!