Amaran tegas kepada AS

Washington dilaporkan akan meningkatan aktiviti pengawasan dron di Afghanistan seperti diperintahkan Biden kononnya untuk tujuan operasi antikeganasan. - Foto Agensi
Washington dilaporkan akan meningkatan aktiviti pengawasan dron di Afghanistan seperti diperintahkan Biden kononnya untuk tujuan operasi antikeganasan. - Foto Agensi
A
A
A

KABUL - Taliban memberi amaran keras kepada Washington tentang ‘akibat yang buruk’ yang bakal diterima jika Amerika Syarikat (AS) melakukan pelanggaran kedaulatan ruang udara di Afghanistan.

Kenyataan tegas itu dikeluarkan pemerintah Emiriah Islam Afghanistan pada Selasa selepas AS didakwa masih mahu melancarkan dron walaupun sudah menamatkan misi tempur mereka pada akhir bulan lalu.

“Kami menggesa pentadbiran Presiden, Joe Biden supaya mematuhi undang-undang antarabangsa dan perjanjian Doha yang dimeterai sebelum ini. Pelanggaran seperti ini harus dihentikan segera,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya, Emiriah Islam Afghanistan adalah entiti yang sah dan mempunyai hak untuk melindungi kedaulatan ruang udara Kabul seperti ditetapkan undang-undang antarabangsa.

Pemerintah Taliban juga menggesa komuniti antarabangsa untuk menzahirkan komitmen secara bersama walaupun masih belum ada negara yang mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan mereka secara rasmi.

Difahamkan, amaran itu diberikan selepas Washington dilaporkan akan meningkatkan aktiviti pengawasan dron di Afghanistan seperti diarahkan Biden kononnya untuk tujuan operasi antikeganasan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!