Ada apa dengan drama Squid Game

No Image Caption
A
A
A

DRAMA Korea berjudul Squid Game tiba-tiba ‘meletup’ sehingga menjadi sebutan ramai sejak beberapa hari kebelakangan ini. Malah, penangan Squid Game dikatakan bukan ‘biasa-biasa’ sejak mula ditayangkan di saluran Netflix.Mulanya Merak Jalanan tak mahu ambil peduli tentang Squid Game. Mungkin faktor umur, Merak Jalanan dah tak boleh ‘masuk’ dengan drama atau filem Korea. Kalau cerita Hindustan, tak mustahil Merak Jalanan awal-awal lagi terpacak di depan televisyen.

Tetapi disebabkan perasaan ingin tahu ada apa dengan Squid Game, Merak Jalanan cuba jugalah tonton drama Korea itu. Merak Jalanan nak tahu juga apa yang menarik sangat dengan drama Squid Game sampai trending dalam kalangan warganet.

Merak Jalanan ambil masa tiga hari nak habiskan sembilan episod. Itu pun terpaksa ‘maraton’, kalau tak mungkin ambil masa lagi lama. Sekilas tonton, Merak Jalanan rasa Squid Game dah macam filem The Hunger Games.

Itu sekadar pandangan Merak Jalanan. Mungkin ramai lagi mempunyai pandangan berbeza. Ikut ‘selera’ masing-masing dengan jalan cerita Squid Game. tetapi memang betul, mula saja episod satu dah ada faktor ‘wow’.

Sebenarnya Merak Jalanan bukan nak ‘mendewa-dewakan’ Squid Game, apa lagi mengiyakan kehebatan drama atau filem dari luar negara. Sudah tentu produk atau material yang dibawa dari luar tak sama dengan acuan di Malaysia.

Cuma Merak Jalanan mahu mengambil sisi positif Squid Game. Banyak pengajaran dan teguran kritis yang boleh dipelajari daripada drama Korea itu. Isu moral banyak diketengahkan kepada audiens dalam menilai Squid Game.

Pengajaran paling memberi kesan - duit bukan segala-galanya. Apa gunanya duit bergepuk-gepuk tetapi hati tak bahagia. Malah, lebih ‘menyeksakan’ duit yang ada tak dapat bahagiakan orang yang disayangi. Seperkara lagi, Squid Game memberi ‘teguran’ - hidup jangan sesekali ditentukan orang lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!