Covid-19: Los Angeles wajibkan bukti vaksinasi lengkap

Daripada keseluruhan 10.3 juta populasi di Los Angeles, 66 peratus sudah menerima satu dos suntikan dengan 59 peratus sudah lengkap vaksinasi. (Gambar fail). - Foto Reuters
Daripada keseluruhan 10.3 juta populasi di Los Angeles, 66 peratus sudah menerima satu dos suntikan dengan 59 peratus sudah lengkap vaksinasi. (Gambar fail). - Foto Reuters
A
A
A

LOS ANGELES - Majlis Perbandaran Los Angeles akan memutuskan usul peraturan mewajibkan orang ramai membuktikan mereka sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 untuk memasuki lebih banyak premis perniagaan dan venue lain.

Sekiranya ia diluluskan, peraturan tersebut akan diperluaskan di seluruh Los Angeles berkuat kuasa bulan depan.

Di bawah peraturan tersebut, mereka yang layak menerima suntikan vaksin perlu membuktikan mereka sudah lengkap vaksinasi untuk memasuki ruang awam termasuk restoran, bar, kelab malam, gimnasium, muzium, spa dan banyak lagi.

Peraturan tersebut merangkumi mereka yang berusia 12 tahun ke atas.

Ia akan berkuat kuasa bermula 7 Oktober depan dengan sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Menjelang 4 November depan, bukti lengkap vaksinasi diperlukan.

Untuk rekod, daripada keseluruhan 10.3 juta populasi negeri itu, 66 peratus sudah menerima satu dos suntikan dengan 59 peratus sudah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, kadar jangkitan dan mereka yang dirawat di hospital juga menunjukkan penurunan selepas musim panas. - Sumber Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!