Juventus jinakkan penyandang juara Chelsea

Chiesa meraikan jaringan bersama pemain-pemain Juventus lain. - Foto Juventus FC
Chiesa meraikan jaringan bersama pemain-pemain Juventus lain. - Foto Juventus FC
A
A
A

JARINGAN 10 saat babak kedua, penyerang Juventus, Federico Chiesa sudah cukup untuk menghadiahkan The Old Lady kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Chelsea dalam perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara di Stadium Juventus.

Chiesa pada babak pertama yang mempersia-siakan deretan peluang merobek gawang The Blues kendalian Thomas Tuchel akhirnya menterjemahkan hantaran bijak Federico Bernardeschi untuk gol tunggal perlawanan.

Pada perlawanan itu, Chelsea yang memiliki penguasaan bola ternyata bergelut untuk mencipta peluang menjaringkan gol, manakala Bernardeschi terlepas peluang melebarkan jaringan berikutan kealpaan bahagian pertahanan pelawat.

Tiga mata di laman sendiri menyaksikan Juventus meneruskan momentum positif kejuaraan berprestij kelab Eropah itu dibawah kendalian Massimiliano Allegri apabila menduduki tangga teratas kumpulan dengan enam mata setelah mengharungi dua perlawanan manakala Chelsea kedua dengan tiga mata.

"Secara teknikalnya Juventus sepatutnya tampil lebih baik, tapi pemain gagal terjemah peluang dalam perlawanan ini terutamanya pada babak pertama.

"Dua perlawanan, enam mata, tiada bolos satu permulaan baik fasa kumpulan sebagai persediaan ke peringkat seterusnya," ujar Allegri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!