YouTube tamatkan video antivaksin Covid-19
SAN FRANCISCO - Laman sosial yang popular, YouTube pada Rabu mengumumkan akan menamatkan penyiaran video yang mendakwa bahawa vaksin Covid-19 adalah berbahaya.
Ia adalah sebahagian usaha untuk memerangi maklumat salah tentang vaksin tersebut dan lain-lain penyakit.
Menurut seorang jurucakap YouTube, beberapa saluran yang diketahui menyebarkan maklumat salah akan ditamatkan penyiarannya di laman perkongsian video itu.
Beliau menyatakan antara penyebar maklumat salah itu ialah Joseph Mercola dan Dr Sherri Tenpenny termasuk saluran bersekutu iaitu Robert F Kennedy.
YouTube menyatakan ia juga akan memperluaskan polisi itu kepada video-video yang membuat maklumat salah tentang penggunaan vaksin-vaksin lain yang telah diluluskan atau disahkan selamat digunakan serta efektif oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
la juga akan menamatkan penyiaran video yang membuat dakwaan silap tentang imunisasi untuk penyakit demam campak dan Hepatitis B.
YouTube turut akan berbuat perkara sama terhadap penyiar video yang mendakwa vaksin diluluskan penggunaannya adalah tidak berkesan atau silap mengaitkannya dengan kesan-kesan kesihatan kronik. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!