Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM

No Image Caption
A
A
A

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM51.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.77 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menawarkan tender pasaran wang lelongan matang (RMA) RM5 bilion bagi tempoh empat hari hingga 29 hari dan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bernilai RM5 bilion bagi tempoh lima hari hingga 21 hari.

Bank pusat itu juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, penjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM46.0 bilion manakala tender semalaman Murabahah bernilai RM18.8 bilion. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!