'Tak perlu layan selera orang luar'

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyokong cadangan bagi mewajibkan semua operasi pusat hiburan di Wilayah Persekutuan ditutup pada jam 1 pagi mulai tahun depan

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak perlu melayan mana-mana pengusaha pusat hiburan antarabangsa yang membantah keputusan itu atas alasan tindakan tersebut menjejaskan perniagaan mereka.

“Kenyatan Khalid sebelum ini adalah wajar dan munasabah di mana cadangan itu adalah bagi mendidik masyarakat agar dapat meluangkan masa bersama keluarga dan mengurangkan aktiviti gejala sosial.

“Mapim ingin menegaskan bahawa kita harus meletakkan kepentingan masyarakat tempatan lebih dari memuaskan selera orang luar,” katanya dalam satu kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Waktu operasi baharu pusat hiburan ditentukan Majlis Menteri]

Sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata pihaknya akan mengkaji semula lesen ‘istimewa’ kepada sebahagian kecil pusat hiburan yang dibenarkan beroperasi sehingga pukul 5 pagi.

Malah, beliau berkata cadangan itu akan ditentukan menerusi mesyuarat Majlis Menteri yang dijadualkan pada Januari depan.

Mengulas lanjut, Mohd Azmi memaklumkan bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab untuk memelihara budaya tempatan dan melindungi hidup rakyat di negara ini agar tidak tercemar oleh anasir liar dari luar.

Artikel Berkaitan:

“Kami dengan itu menyokong dan menyarankan agar pihak DBKL membina karekter Kuala Lumpur sebagai bandar yang berasaskan budaya tinggi dalam semua aspek pembangunan.

“Dan bukannya sebagai kota hiburan yang hanya menarik pelancongan untuk berhibur,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!