Wanita Palestin maut ditembak polis Israel

Dua anggota pasukan keselamatan Israel mengawal sebuah lorong di Kota Lama Baitulmaqdis baru-baru ini. - Foto AFP
Dua anggota pasukan keselamatan Israel mengawal sebuah lorong di Kota Lama Baitulmaqdis baru-baru ini. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Seorang wanita Palestin maut ditembak oleh polis Israel dalam satu kejadian di Kota Lama Baitulmaqdis awal pagi Khamis, kata polis negara haram tersebut.

Menurut polis Israel, wanita tersebut ditembak selepas dia mendekati pegawai-pegawai pihak berkuasa itu di pintu masuk ke kota lama berkenaan pada jam 6.30 pagi waktu tempatan.

Polis Israel itu mendakwa, wanita berkenaan cuba untuk menikam pegawai polis tersebut sebelum mereka melepaskan tembakan.

Pasukan perubatan Israel yang tiba di tempat kejadian kemudian mengesahkan kematiannya dan tiada pegawai polis yang cedera dalam kejadian itu.

Wanita itu dilaporkan berusia kira-kira 30 tahun dan datang dari bandar Qabatiya, Tebing Barat.

Masih tidak jelas bagaimana caranya dia boleh memasuki negara haram tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!