Arsenal mampu cabar kedudukan empat terbaik EPL

Arsenal diyakini mampu cabar kedudukan empat terbaik EPL.
Arsenal diyakini mampu cabar kedudukan empat terbaik EPL.
A
A
A

ARSENAL diyakini mampu untuk mencabar kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris sekiranya dapat meneruskan prestasi cemerlang ketika menewaskan Tottenham Hotspur 3-1 pada Ahad lalu.

Bekas pemain Arsenal, Paul Merson berkata, barisan kesebelasan utama yang diturunkan ketika menentang Spurs adalah barisan terbaik dan harus dikekalkan untuk perlawanan akan datang.

"Jika Arsenal berjaya mengekalkan kecergasan pemain (yang sama ketika menentang Spurs) dan bermain setiap minggu, saya yakin mereka boleh mencabar kedudukan empat terbaik. Mereka juga tidak menyertai kejohanan Eropah dan mempunyai masa daripada segi kecergasan dan sebagainya.

"Namun, kesukaran Arsenal itu sentiasa ada sejak mereka memenangi kejuaraan liga terakhir mereka pada 2004 dan mereka sudah tidak kelihatan sebagai calon juara EPL.

"Perlawanan menentang Spurs adalah perlawanan terbaik mereka, tetapi jika mereka menang menentang Brighton (pada awal pagi Ahad) saya akan memuji mereka. Tetapi, jika mereka kalah,s aya tidak terkejut kerana itu lah masalah utama mereka sukar untuk konsisten dalam setiap perlawanan," katanya.

Dalam pada itu, Merson turut mengakui sekiranya pemain utama yang diturunkan ketika menentang Spurs mengalami kecederaan, ia akan memberikan maslah besar kepada kemampuan Arsenal musim ini.

"Arsenal perlu mengelakkan kecederaan pemain kerana akan menjadi masalah kerana mereka tidak mempunyai ramai pemain berkualiti.

"Selama mana kita boleh melihat Thomas Partey cergas? Kemudiannya masalah kecederaan di benteng pertahanan selain penyerang mereka hilang ketajaman di depan gol.

Artikel Berkaitan:

"Ini yang perlu diberikan perhatian oleh Mikel Arteta sekali gus memastikan pasukan itu akan terus dapat bersaing dalam EPL," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!