Kemuka surat KPM, sekolah atau institusi pendidikan

Orang ramai yang mempunyai urusan rentas negeri berkaitan pergerakan ke sekolah, institusi pendidikan diminta sediakan surat pengesahan dari KPM, sekolah atau institusi pendidikan yang berkenaan. Foto hiasan
Orang ramai yang mempunyai urusan rentas negeri berkaitan pergerakan ke sekolah, institusi pendidikan diminta sediakan surat pengesahan dari KPM, sekolah atau institusi pendidikan yang berkenaan. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mempunyai urusan rentas negeri berkaitan pergerakan ke sekolah, institusi pendidikan dan kemasukan pelajar ke asrama diminta untuk menyediakan surat pengesahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah atau institusi pendidikan yang berkenaan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, ini berikutan Majlis Keselamatan Negara telah mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, surat pengesahan ini untuk dikemukakan kepada petugas sekatan jalan raya bagi melancarkan pergerakan.

"Pelajar yang terlibat dibenarkan merentas negeri untuk ke sekolah atau institusi pendidikan dengan menggunakan surat pengesahan dari KPM atau sekolah dan institusi terlibat.

"Pergerakan pergi dan balik ke sekolah atau institusi pendidikan bagi pelajar yang terlibat boleh ditemani oleh seorang penjaga," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, pergerakan guru atau tenaga pengajar ke sekolah atau institusi pendidikan untuk merentas negeri turut dibenarkan.

"Bagi guru atau tenaga pengajar untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dibenarkan dengan surat pengesahan KPM atau sekolah atau institusi pendidikan," katanya.

Menurutnya, selain itu pergerakan bagi kemasukan pelajar ke asrama dibenarkan dengan pengesahan pihak berkaitan.

Artikel Berkaitan:

"Pergerakan ini dibenarkan dengan surat KPM atau sekolah atau institusi pendidikan yang berkaitan untuk merentas negeri," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!