Dua kakitangan Invoke positif ganja

Mazlan (kiri) beramah mesra dengan orang ramai semasa Program High Profile Policing.
Mazlan (kiri) beramah mesra dengan orang ramai semasa Program High Profile Policing.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk dua wanita yang ditahan bersama sejumlah dadah di sebuah unit kondominium di Taman Mutiara, Jinjang, di sini, tengah malam Ahad lalu, didapati positif ganja.

Dua daripada mereka adalah pekerja pusat kaji selidik, Invoke Malaysia dan seorang lagi merupakan bekas kakitangan syarikat itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 30 tahun itu didapati positif dadah jenis ganja.

“Berdasarkan siasatan awal dilakukan, ganja seberat 75 gram yang ditemui dalam serbuan itu adalah bagi kegunaan suspek dan bukan untuk dijual.

"Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan dan kesemua suspek masih direman enam hari sehingga Jumaat ini mengikut,” katanya ketika ditemui ketika menghadiri Program ‘High Profile Policing’ di sebuah pasaraya di Taman Midah, Cheras, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Mazlan berkata, kertas siasatan berhubung kes penghuni asrama lelaki yang cedera akibat dipukul beberapa penghuni lain di sebuah asrama di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Jalan Sentul, di sini, Rabu lalu, sudah lengkap.

“Siasatan berhubung kes itu sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Sepanjang tempoh siasatan dilakukan, tiada tangkapan dibuat, namun tujuh individu termasuk dua remaja yang didakwa memukul mangsa sudah dirakam keterangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mazlan menambah, kejadian itu bukan kes buli, sebaliknya perselisihan faham kerana mangsa dikatakan mahu melaporkan tindakan suspek membawa rokok ke asrama berkenaan.

Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, mangsa berusia 14 tahun patah tangan kanan selepas dipukul beberapa penghuni lain asrama berkenaan akibat tidak puas hati dengan tindakan remaja terbabit yang mahu memaklumkan kepada pihak warden mengenai kegiatan suspek membawa rokok ke asrama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!