Kesalinghubungan jayakan Keluarga Malaysia: Annuar

ANNUAR
ANNUAR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kesalinghubungan akan menjadikan masyarakat lebih dekat sebagai satu keluarga dalam proses membina negara bangsa, selari dengan konsep Keluarga Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik berdasarkan sejarah, latar belakang, sosiobudaya dan geografi, maka kesalinghubungan akan memberi impak yang lebih bermakna kepada konsep Keluarga Malaysia.

Menurut Annuar, sekiranya rakyat menganggap Malaysia sebagai keluarga, maka segala jurang dan masalah terputus hubungan perlu diselesaikan.

"Maka saya anggap soal kesalinghubungan bukan sahaja ketersambungan tetapi kualiti sambungan itu sebagai satu hak asasi manusia ataupun hak bagi setiap rakyat Malaysia," katanya pada program Inklusif terbitan RTM di sini malam Khamis.

Annuar berkata, usaha tersebut perlu menjadi satu agenda nasional yang mesti didukung dengan bersungguh-sungguh dalam memastikan semua pelaksanaan rancangan kerajaan tercapai. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!