Pele dibenarkan keluar dari hospital
SAO PAULO - Legenda bola sepak Brazil, Pela dibenarkan keluar dari sebuah hospital pada Khamis selepas dia menjalani pembedahan membuang tumor, kata pasukan perubatannya.
Pela, 60, menerima rawatan di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo sejak 31 Ogos lalu selepas terdapat tumor dikesan pada ususnya semasa ujian kesihatan terhadapnya dilakukan.
Bintang bola sepak itu kemudian menjalani pembedahan pada 4 September lalu dan kemudian berada dalam keadaan stabil, kata doktornya.
"Saya berasa gembira dapat pulang ke rumah," kata Pele dalam satu kenyataan di Facebook.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan hospital tersebut yang memberikan layanan yang baik kepadanya.
Anak perempuannya, Kely Nascimento sebelum ini mengemas kini maklumat di media sosial tentang perkembangan bapanya itu.
Nascimento turut menyiarkan gambar-gambar dan video yang menunjukkan dia bermain terup bersama bapanya.
Pele dianggap legenda bola sepak Brazil kerana membantu Brazil menjuarai tiga Piala Dunia iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!