Gunung berapi di Hawaii hambur lahar
LOS ANGELES - Gunung berapi Kilauea di Hawaii menghamburkan lahar tetapi tidak membahayakan kawasan penduduk yang terletak berdekatan dengannya, kata pihak berkuasa pada Khamis.
Ini adalah kerana lahar tersebut hanya berada di kawah gunung tersebut.
Pada Rabu lalu, lahar gunung itu menggelegak dan kelihatan seperti 'air pancut' dan setinggi bangunan lima tingkat, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menerusi Twitter.
Letusan memang kerap berlaku di gunung tersebut sejak tahun 1950-an lagi.
Ia kemudian menjadi destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan pelancong.
Seorang jurucakap Taman Negara Gunung Berapi Hawaii, Jessica Ferracane berkata, beliau menjangkakan bilangan pelancong akan meningkat selepas berita letusan lahar itu tersebar.
Ia tidak mencetuskan sebarang bahaya tetapi USGS berkata, ia akan terus memantau keadaan gunung berapi tersebut dengan teliti.
Gunung berapi Kilauea adalah antara lima gunung berapi aktif di Hawaii dan yang terbesar di Kepulauan Pasifik. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!