Edar dadah RM2.5 juta dalam 'teh Cina' guna kereta sewa

Sharul Lalli (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dorsorok dalam bungkusan teh cina yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Selangor di sini pada Jumaat.
Sharul Lalli (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dorsorok dalam bungkusan teh cina yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Selangor di sini pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Taktik satu sindiket pengedaran dadah menggunakan kereta sewa selain menyorok bahan terlarang berkenaan di dalam bungkusan 'teh Cina' gagal mengaburi mata polis apabila lapan individu termasuk dua wanita ditahan di sekitar Lembah Klang pada 23 September lalu.

Dalam beberapa serbuan berasingan berkenaan, pihak polis turut berjaya merampas dadah jenis methamphetamine bernilai RM2.5 juta.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sharul Lalli Masduki berkata, pihaknya merampas 62 bungkusan 'teh Cina' berisi dadah jenis methamphetamine anggaran berat 63.1 kilogram di dalam sebuah kereta jenis Hyundai Ionic yang diparkir di hadapan sebuah pasar raya di Seri Kembangan pada jam 6.30 petang.

"Kami kemudian berjaya memberkas seorang lelaki dan wanita warga Vietnam di sebuah kondominium di Brickfields.

"Hasil soal siasat, kami menahan lima lelaki dan seorang warga Thailand di tiga lokasi di Dang Wangi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat.

Sharul Lalli berkata, modus operandi sindiket yang bergiat aktif mengedar dadah sejak enam bulan lalu itu menggunakan kenderaan sewa.

"Kereta tersebut akan ditinggalkan sindiket berkenaan di sesuatu kawasan, kemudian individu lain akan mengambil kenderaan itu atau bungkusan dadah tersebut," katanya.

Sharul Lalli berkata, pihaknya turut menyita wang tunai RM126,000 dan lima buah kereta jenis Toyota Land Cruiser, Mercedes-Benz, Lexus, Proton Exora dan Nissan Serena.

Artikel Berkaitan:

"Hasil semakan mendapati lima suspek yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan dadah. Ujian saringan awal air kencing mendapati tiga orang positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek berusia 31 hingga 53 tahun itu ditahan reman 11 hari dari 24 September hingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!