Tiada pembakaran terbuka di Johan Setia: JAS

JAS Selangor membuat pemantauan di kawasan revolusi hijau Johan Setia, Klang pada Khamis.
JAS Selangor membuat pemantauan di kawasan revolusi hijau Johan Setia, Klang pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Pegawai penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka bagi tujuan pembersihan kebun dilakukan di kawasan revolusi hijau Johan Setia di sini.

JAS menerusi satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya menjalankan pemantauan dan pencegahan pembakaran terbuka di kawasan tersebut pada Khamis.

Menurutnya, siasatan di lokasi turut mendapati paras air di sekatan saliran (check dam) sekitar kawasan rondaan adalah tinggi.

"Hasil rondaan dan siasatan di lokasi mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka bagi tujuan pembersihan kebun dilakukan.

"Secara keseluruhan keadaan di lokasi rondaan adalah terkawal," kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Dalam kenyataan sama, JAS turut mengingatkan orang awam mengenai tindakan yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada sesiapa yang melakukan pembakaran terbuka.

Katanya, sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

"Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

-

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!