Nazri pelawa MCA, MIC sertai mesyuarat BN Jumaat ini

Nazri Aziz
Nazri Aziz
A
A
A

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mempelawa MCA dan MIC untuk menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

“Datanglah..saya datang. Saya tiada masalah untuk berdepan MCA dan MIC,” katanya ketika ditemui media di Menara Datuk Onn, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan MCA dan MIC yang menegaskan tidak akan hadir dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN jika Nazri menghadirinya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan bersama MCA dan MIC, dua parti itu tidak mahu kesahihan intipati mesyuarat itu dipertikaikan ekoran pelantikan Nazri sebagai Setiausaha Agung BN yang tidak mengikut Perlembagaan BN.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!