Gempa bumi sederhana landa selatan Iran

No Image Caption
A
A
A

MOSCOW - Gempa berkekuatan 5.2 pada skala Richter melanda wilayah Bushehr, selatan Iran, lapor Sputnik.

Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterania (EMSC) pada Jumaat, gempa berlaku pada 01:15 GMT, dengan pusat gempa terletak pada kedalaman 10 kilometer (km).

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau kehilangan nyawa.

Gempa terburuk pernah berlaku dalam sejarah negara itu pada 856 Masihi, mengorbankan kira-kira 200,000 nyawa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!