Keistimewaan dine-in hanya untuk yang lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA - Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in di semua premis kedai makan dan restoran kekal untuk semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak dikemas kini.
"Keistimewaan untuk menikmati makanan di premis hanya untuk mereka yang telah lengkap vaksinasi," ciapnya di Twitter pada Jumaat.
Katanya, satu kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan dikeluarkan pihaknya.
Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in KEKAL bagi semua fasa pemulihan. Peraturan yang dikeluar oleh @MKNJPM tidak dikemaskini. Dine-in privileges for all recovery phases only for those fully vaccinated. Kenyataan rasmi akan menyusuli.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 1, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!