Ketua Bersatu Putrajaya keluar parti, kembali sertai UMNO

Erwan Mohd Tahir
Erwan Mohd Tahir
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir mengumumkan keluar daripada parti itu serta-merta dan kembali menyertai UMNO.

Menurut laporan portal UMNO Online, Erwan berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau yakin dan percaya hanya UMNO dapat memartabatkan dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, perlembagaan Malaysia serta Raja-raja Melayu seperti dinyatakan di dalam asas penubuhan UMNO.

Ujar Erwan, ia juga diputuskan setelah mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.

“Ini adalah masa tepat untuk kembali ke pangkuan UMNO setelah melihat parti ini berjaya menamatkan beberapa polemik politik yang telah menggugat kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi sewaktu pandemik Covid-19 membadai negara.

“Saya menyatakan sokongan penuh kepada Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

“Saya berharap Perdana Menteri dapat menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya menurut portal berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!