Taufan Mindulle: Lebih 350 penerbangan di Tokyo dibatalkan

Taufan ke-16 yang melanda Jepun itu bergerak di sepanjang pantai Pasifik dan dijangka membadai wilayah Tokyo dan Chiba pada Jumaat malam.
Taufan ke-16 yang melanda Jepun itu bergerak di sepanjang pantai Pasifik dan dijangka membadai wilayah Tokyo dan Chiba pada Jumaat malam.
A
A
A

TOKYO - Lapangan Terbang Haneda di Tokyo membatalkan 357 penerbangan pada Jumaat ekoran taufan Mindulle diramal membadai negara itu, lapor Sputnik.

Sejak awal Jumaat, sebanyak 264 pelepasan dan 93 ketibaan di lapangan terbang itu dibatalkan, sementara beberapa penerbangan lagi ditangguhkan.

Lebih 6,000 isi rumah mengalami gangguan bekalan elektrik termasuk di wilayah Shizuoka, Kanagawa, Tokyo, Chiba dan Ibaraki, lapor penyiar NHK.

Taufan ke-16 yang melanda Jepun itu bergerak di sepanjang pantai Pasifik dan dijangka membadai wilayah Tokyo dan Chiba pada Jumaat malam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!