Bekerjasama atasi banjir kilat di Shah Alam

Laporan Sinar Harian 26 September lalu. Gambar kecil: Datuk Azhari Shaari
Laporan Sinar Harian 26 September lalu. Gambar kecil: Datuk Azhari Shaari
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pihak digesa berusaha mengatasi masalah banjir kilat yang melanda kawasan Shah Alam dan berhenti menuding jari kepada mana-mana agensi.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, penduduk di Shah Alam mulai bimbang setiap kali cuaca mendung diiringi guruh yang berdentum.

Menurutnya, warga Shah Alam terutama di Kampung Kebun Bunga Batu Tiga, Persiaran Jubli Perak dan Kampung Padang Jawa terpaksa membersihkan rumah setelah banjir akibat limpahan air dari parit dan longkang.

"Pada saat ini, tidak perlu kita menuding jari kepada mana-mana pihak melainkan semua pihak berusaha untuk mengelak banjir kilat berulang.

"Harapan kita satu usaha holistik harus digembleng oleh pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah banjir kilat agar tiada pihak mengalami kerugian material mahupun nyawa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian baru-baru ini melaporkan beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang melanda daerah itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!