Rebat Pengangkutan ke PPV dilanjutkan sehingga 30 November
SHAH ALAM - Rebat Pengangkutan sebanyak RM20 untuk penerima vaksin di Selangor ke pusat pemberian vaksin (PPV) dilanjutkan tempoh sehingga 30 November 2021.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rebat tersebut merupakan usahasama kerajaan negeri tersebut dengan syarikat pengangkutan perkhidmatan e-hailing Grab dan boleh digunakan oleh penerima vaksin golongan remaja di negeri tersebut.
Menurutnya, permohonan untuk mendapatkan rebat tersebut boleh dibuat oleh ibu bapa penerima vaksin bagi kegunaan anak-anak mereka.
"Rebat Pengangkutan untuk penerima vaksin ke PPV kini dilanjutkan tempoh sehingga 30 November 2021.
"Rebat ini adalah usahasama dengan @GrabMY dan boleh digunakan oleh penerima vaksin remaja.
"Permohonan boleh dibuat oleh ibu bapa bagi kegunaan anak-anak," katanya menerusi satu ciapan di Twitter pada Jumaat.
Rebat Pengangkutan untuk penerima vaksin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kini dilanjutkan tempoh sehingga 30 November 2021. Rebat ini adalah usahasama dengan @GrabMY dan boleh digunakan oleh penerima vaksin remaja. Permohonan boleh dibuat oleh ibu bapa bagi kegunaan anak-anak. pic.twitter.com/Fu6KGPkvJh
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) October 1, 2021
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Amirudin mengumumkan inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada Pakej Kita 2.0 meliputi 25 program yang memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat negeri Selangor.
Ujarnya, program rebat pengangkutan berkenaan yang dahulunya dibuka untuk warga emas berusia 50 tahun dan ke atas juga diperluas kepada semua tanpa had umur.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!