OKU ditemui lemah bersama mayat ibu

Anggota polis mengeluarkan mayat mangsa dari rumahnya di Kampung Berjay, Kuala Pegang di Baling pada Khamis.
Anggota polis mengeluarkan mayat mangsa dari rumahnya di Kampung Berjay, Kuala Pegang di Baling pada Khamis.
A
A
A

BALING - Seorang anak kurang upaya (OKU) ditemui dalam keadaan lemah bersama mayat ibunya dipercayai sudah meninggal dunia sejak lima hari lalu, di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Kuala Pegang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, polis yang tiba di lokasi kejadian menemui OKU berkenaan, Tengku Rose Mawar Tengku Saiful Munir, 21, berada di sebelah mayat ibunya, Rusnah Abu Hadan, 61.

"Punca kematian warga emas itu masih belum diketahui, manakala anaknya telah dihantar ke Hospital Baling untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk ujian saringan Covid-19.

"Setakat ini kita belum menerima laporan punca kematian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!