Jambatan Pulau Pinang sesak akibat gangguan elektrik

PLUS mengesahkan berlaku gangguan elektrik di Jambatan Pulau Pinang sejak 8.23 malam Jumaat.
PLUS mengesahkan berlaku gangguan elektrik di Jambatan Pulau Pinang sejak 8.23 malam Jumaat.
A
A
A

GEORGETOWN - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik bermula jam 8.23 malam Jumaat.

Kejadian berkenaan menyebabkan kesesakan jalan raya yang agak teruk di kedua-dua arah di jambatan pertama Pulau Pinang itu.

Menurut Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid, dalam kejadian tersebut bekalan elektrik di kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan jambatan turut terjejas buat sementara waktu.

“PLUS memohon maaf atas kesulitan akibat gangguan tersebut dan pihak kami sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih.

"Pihak PLUS juga memohon kesabaran pelanggan lebuh raya dalam memahami situasi dan kami juga sedang memulihkan kembali bekalan elektrik di plaza tol dan jambatan dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun Syed Mohammed berkata, semua lorong di plaza tol jambatan kini telah berfungsi seperti biasa.

"Kita akan terus memaklumkan dari masa ke masa sebarang perkembangan terkini.

"Pelanggan yang sedang menuju ke jambatan dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan memastikan jarak yang selamat dari kenderaan di hadapan setiap masa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan trafik melalui Twitter PLUS Trafik atau Aplikasi PLUS.

Sejak malam Jumaat, tular di media sosial mengenai gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan di plaza tol jambatan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!