48 rumah, lapan kedai terbakar di Karak

Kebakaran di Kampung Baru,Karak pada malam Sabtu menyebabkan puluhan rumah dan kedai musnah.
Kebakaran di Kampung Baru,Karak pada malam Sabtu menyebabkan puluhan rumah dan kedai musnah.
A
A
A

BENTONG - [DIKEMAS KINI] Kira-kira 48 buah rumah dan lapan kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Cina Karak, Bentong pada malam Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.20 malam dan seramai 52 anggota bomba bersama 10 jentera ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

"Kami berjaya mengawal kebakaran sekitar jam 12.10 tengah malam. Kedudukan rumah yang begitu rapat dipercayai menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Orang ramai mengeluarkan barangan milik mereka di tepi jalan. - Foto laman sosial
Orang ramai mengeluarkan barangan milik mereka di tepi jalan. - Foto laman sosial

Tambah Wan Mohammad Zaidi, sehingga kini pihak bomba masih berada di lokasi kejadian untuk memantau keadaan.

Menurutnya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat. Setakat ini insiden berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!