Isu pemilikan setinggan selesai, 19 penduduk terima notis 5A

Amirudin (baris kedua, lima dari kiri) bersama 19 orang penduduk setinggan yang menerima notis 5A di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada Ahad.
Amirudin (baris kedua, lima dari kiri) bersama 19 orang penduduk setinggan yang menerima notis 5A di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada Ahad.
A
A
A

GOMBAK - Seramai 19 orang penduduk setinggan di sekitar kawasan ini menerima tawaran milik tanah notis 5A untuk berpindah dari kawasan tersebut yang merupakan sebuah tapak pembinaan Rumah Selangorku Pangsapuri Nilam dan Kristal di Taman Selayang Mutiara yang terbengkalai sejak tahun 2013.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah tersebut meliputi 10 orang di Kampung Sungai Tua dan sembilan di Kampung Bendahara, di sini diarahkan pindah ke Batu Arang dan Kuang supaya projek pembinaan tersebut dapat diteruskan.

“Kita bantu menyelesaikan pemilikan setinggan untuk penduduk di kawasan Sungai Tua, mereka duduk di tebing sungai yang kerap dilanda banjir.

“Tanah itu akan diambil alih untuk tujuan pembangunan semula oleh kerajaan negeri untuk kemudahan setempat atau bergantung kepada pelan kerajaan negeri selepas ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan Dan Notis 5A di Dewan Rakyat Batu Caves di sini pada Sabtu.

Amirudin
Amirudin

Dalam pada itu, Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berharap pemindahan penduduk setinggan tersebut membawa berita gembira kepada pembeli unit-unit rumah di Pangsapuri Nilam dan Kristal di Taman Selayang Mutiara, di sini.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, projek pembinaan pangsapuri tersebut terbengkalai sejak tahun 2013 disebabkan penduduk setinggan yang mendiami kawasan tersebut.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita telah mengenal pasti tempat untuk mereka berpindah dan lokasi yang sepatutnya dibuat pembangunan juga akan diteruskan oleh pemaju yang dilantik.

“Setelah tawaran milik tanah Notis 5A ini diserahkan, biasanya kita akan beri masa untuk mereka berpindah dalam tempoh enam bulan bagi menyelesaikan proses pemilikan tanah dan lain-lain.

“Saya juga berharap pembinaan pangsapuri berkenaan dapat diteruskan kerana ramai yang sedang menunggu rumah tersebut siap dibina setelah diganggu isu setinggan ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!