Ular sawa kekenyangan telan kambing ditangkap

Operasi tangkapan ular sawa yang dijalankan APM Muallim di sebuah kandang di Jalan Besar, Behrang Stesen pada Jumaat.
Operasi tangkapan ular sawa yang dijalankan APM Muallim di sebuah kandang di Jalan Besar, Behrang Stesen pada Jumaat.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Seekor ular sawa yang baru menelan seekor kambing di sebuah kandang di Jalan Besar, Behrang Stesen di sini berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kehadiran reptilia seberat 70 kilogram dengan panjang enam meter itu disedari pekerja kandang ketika membersihkan kawasan berkenaan pada Jumaat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mualim, Shahrizal Hussin berkata, operasi tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan daripada penduduk sekitar jam 2.30 petang.

Menurutnya, empat anggota APM ke tempat kejadian mendapati ular terbabit berada dalam kekenyangan kerana baru menelan seekor kambing.

Ular sawa seberat 70 kilogram dengan panjang enam meter berjaya ditangkap dalam tempoh 10 minit sahaja.
Ular sawa seberat 70 kilogram dengan panjang enam meter berjaya ditangkap dalam tempoh 10 minit sahaja.

"Ular itu berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas dalam tempoh 10 minit sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Reptilia itu tidak mampu melawan ketika ditangkap kerana baru sahaja menelan seekor kambing," katanya.

Beliau berkata, penduduk memaklumkan ia kejadian pertama berlaku di kawasan itu.

"APM membawa pulang reptilia ke pejabat sebelum dihantar kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Sungkai," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!