Pemuda lemas ketika mandi Sungai Kedondong

Anggota Bomba dan Penyelamat menemui mangsa lemas di Sungai Kedondong di sini pada jam 5 petang.
Anggota Bomba dan Penyelamat menemui mangsa lemas di Sungai Kedondong di sini pada jam 5 petang.
A
A
A

HULU SELANGOR - Kegembiraan tujuh sahabat mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dilaporkan lemas pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.56 petang.

"Mayat lelaki berusia 22 tahun itu ditemukan lemas pada jam 5.15 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu ke lokasi kejadian dan lapan pegawai dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam serta Pelabuhan Klang membantu operasi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!