23,111 pelajar Negeri Sembilan mula bersekolah esok

Seramai 23,111 pelajar di Negeri Sembilan akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai Isnin. Foto hiasan
Seramai 23,111 pelajar di Negeri Sembilan akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai Isnin. Foto hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 23,111 pelajar di Negeri Sembilan akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai Isnin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin berkata, ia melibatkan seramai 14,779 pelajar Tingkatan Lima, 1,855 pelajar Tingkatan Enam Rendah dan 1,333 pelajar Tingkatan Enam Atas.

"Selain itu, seramai 1,392 pelajar Berkeperluan Khas Menengah dan 3,700 dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional.

"Bagi pelajar yang mengambil International Baccalaureate Diploma pula seramai 30 orang dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 22 orang," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, seramai 937 pelajar dari lapan sekolah berasrama penuh dan 558 pelajar dari sekolah asrama harian dibenarkan pulang ke asrama pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan, sekolah dan seluruh ekosistem pendidikan negeri yang memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) sudah bersedia menerima kehadiran pelajar masing-masing, menjelang sesi persekolahan secara bersemuka mulai 3 Oktober.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pada ketika ini sekolah di Langkawi, Labuan dan Negeri Sembilan akan mengikut pengoperasian sekolah Fasa Empat PPN.

"Meskipun kemasukan pertama ini untuk kelas peperiksaan tapi ia akan diikuti murid-murid lain di sekolah rendah juga.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, penekanan perlu diberikan supaya persiapan dan persediaan lebih awal dapat dilakukan, walaupun secara umumnya ketika sekolah dibuka pada fasa empat ini, hanya yang ke sekolah adalah pelajar peperiksaan bagi sekolah menengah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!