'Rasa berdebar seperti pelajar baharu sebab lama bercuti'

Pelajar-pelajar melakukan saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran di pintu masuk sekolah dengan pemantauan para guru. Foto SINAR HARIAN
Pelajar-pelajar melakukan saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran di pintu masuk sekolah dengan pemantauan para guru. Foto SINAR HARIAN
A
A
A

KOTA BHARU - Hampir semua pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti, di sini memulakan sesi persekolahan pada Ahad dalam keadaan berdebar-debar umpama pelajar baharu akibat ‘cuti’ yang terlalu panjang angkara Covid-19.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pelajar-pelajar telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 selain diwajibkan memakai pelitup muka, melakukan saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran di pintu masuk sekolah dengan pemantauan para guru.

Mereka juga dilihat bersemangat dan teruja apabila tiba di sekolah seawal jam 7 pagi walaupun ada yang memakai baju kurung biasa kerana terlupa menjahit uniform sekolah.

Pelajar- pelajar Tingkatan Enam di SMK Raja Sakti, Kota Bharu yang tiba di sekolah seawal jam 7 pagi pada hari pertama sesi persekolahan pada Ahad. Foto SINAR HARIAN
Pelajar- pelajar Tingkatan Enam di SMK Raja Sakti, Kota Bharu yang tiba di sekolah seawal jam 7 pagi pada hari pertama sesi persekolahan pada Ahad. Foto SINAR HARIAN

Pelajar jurusan ekonomi, Nur Fakihah Mat Zaid, 19, berkata, dia hanya menyedari uniform yang sepatutnya dipakai pada setiap hari Ahad itu belum dijahit dua hari sebelum sesi persekolahan bermula.

NUR FAKIHAH MAT ZAID. Foto SINAR HARIAN
NUR FAKIHAH MAT ZAID. Foto SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan:

“Tahun ini, hanya dua minggu sempat merasai persekolahan secara bersemuka manakala selebihnya cuti serta Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Jadi, saya bertangguh untuk jahit kain pasang yang sudah lama diberikan oleh pihak sekolah dan apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) umum sesi persekolahan bermula, saya hanya sedar pada Jumaat lalu, dah sudah tidak sempat untuk mengupah jahit,” katanya ketika ditemui di SMK Raja Sakti, di sini pada Ahad.

Seorang lagi pelajar, Aeinabila Yusof, 19, pula mengakui berdebar-debar seolah-olah pelajar baharu yang memulakan persekolahan pada kemasukan tahun baharu dan tidak sabar bertemu rakan-rakan untuk melepaskan rindu.

AEINABILA YUSOF. Foto SINAR HARIAN
AEINABILA YUSOF. Foto SINAR HARIAN

“Sudah lama saya nantikan pembelajaran secara bersemuka ini kerana tidak mendapat kepuasan belajar melalui PdPR.

“Tarikh peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula tidak lama lagi, jadi harap dapatlah ‘kejar’ balik subjek yang tertinggal,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Syamimie Aziz,19, berkata, dia sedikit lega untuk kembali ke sekolah apabila sudah melengkapkan vaksin Covid-19 pada Julai lalu dan pada masa sama akan tetap memastikan prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal dipatuhi.

SYAMIMIE AZIZ. Foto SINAR HARIAN
SYAMIMIE AZIZ. Foto SINAR HARIAN

“Ramai pelajar yang membawa bekal makanan dari rumah untuk menggelakkan beratur atau berhimpit-himpit ketika membeli makanan di kantin sekolah.

Nur Fakihah memakai baju kurung biasa ketika kembali ke SMK Raja Sakti, Kota Bharu pada hari pertama sesi persekolahan pada Ahad. Foto SINAR HARIAN
Nur Fakihah memakai baju kurung biasa ketika kembali ke SMK Raja Sakti, Kota Bharu pada hari pertama sesi persekolahan pada Ahad. Foto SINAR HARIAN

“Selainnya, kami juga membawa cecair pembasmi kuman untuk kegunaan masing-masing sepanjang sesi belajar sebagai ikhtiar mengekang Covid-19,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!