Peminat fanatik Hitler ditahan rancang serangan keganasan

Hitler. - Foto Google
Hitler. - Foto Google
A
A
A

PARIS - Seorang remaja dan peminat fanatik Hitler ditahan di Perancis kerana merancang untuk menyerang sekolah menengah dan masjid, lapor Agensi Anadolu memetik media pada Sabtu.

Akhbar Le Parisien melaporkan, remaja berusia 19 tahun itu yang dikenali sebagai "Simon” dikatakan merancang untuk melancarkan serangan di sekolahnya dan sebuah masjid berdekatan di wilayah Seine-Maritime, barat laut negara itu.

Dia ditahan beberapa hari lalu oleh pihak berkuasa keselamatan dalam negeri dan dihadapkan di hadapan hakim antikeganasan pada 1 Oktober.

Menurut akhbar itu, Simon merancang untuk melancarkan serangan pada 20 April, tarikh ulang tahun Hitler dan sebelum pusingan kedua pemilihan presiden di Perancis.

Pihak berkuasa turut menjumpai 20 bilah pisau, sekurang-kurangnya tiga pistol dan 20 buku nota yang dinamakan sempena nama Hitler, di rumah Simon.

Pelajar itu menggambarkan dirinya sebagai "pelampau yang meminati cara politik Hitler".

Menurut Le Parisien, dia merancang untuk melakukan serangan lebih besar daripada kejadian yang pernah berlaku di Sekolah Tinggi Columbine di Littleton, Colorado Amerika Syarikat pada 20 April 1999 yang mengorbankan 13 nyawa.

Simon bertindak sedemikian kerana dia pernah menjadi mangsa serangan seksual dan diganggu rakan sekelas, terdapat 30 nama dalam senarainya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!