Op Patuh: 7,740 kompaun dikeluarkan seluruh negara

Mazlan (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada pesara polis di IPK Johor pada Ahad.
Mazlan (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada pesara polis di IPK Johor pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 7,740 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa Op Patuh di seluruh negara sehingga Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, menerusi Op Patuh bermula pada 25 Jun lalu dianggarkan lebih 2.2 juta premis telah diperiksa.

Katanya, selain tindakan kompaun sebanyak 4,622 premis diarahkan tutup kerana didapati melanggar SOP ditetapkan.

"Seramai 3,442 pasukan pematuhan dengan kekuatan keseluruhan seramai 14,959 pegawai dan anggota polis terbabit Op Patuh di seluruh negara yang turut melibatkan agensi- agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) dan sebagainya.

"Menerusi Op Patuh, pemeriksaan berterusan dilakukan di kawasan kilang, tapak pembinaan, asrama penempatan pekerja dan premis perniagaan," katanya dalam sidang akhbar selepas Program Penyerahan Sumbangan Kepada Pesara PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Ahad.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ( KDNKA) Gerakan Am Bukit Aman, Datuk Kasuahdi Ali dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurut Mazlan, tindakan kompuan dan penutupan premis yang dikenakan itu selepas pemeriksaan dilakukan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai surat kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Keseluruhan SOP di dalam premis juga dipastikan dipatuhi sepenuhnya sewaktu pemeriksaan dilakukan. Tindakan diambil jika SOP didapati dilanggar.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan secara berterusan menerusi Op Patuh ini dilakukan dari masa ke semasa sehingga mendapat arahan selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!