'Jangan ada lagi prasangka'

Zakaria tanpa membuang masa komited melaksanakan tugas Yang Berhomat selepas diumumkan menang dalam PRK DUN Semenyih, Sabtu lalu. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Zakaria tanpa membuang masa komited melaksanakan tugas Yang Berhomat selepas diumumkan menang dalam PRK DUN Semenyih, Sabtu lalu. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SELEPAS melakukan kejutan pada PRK DUN Semenyih pada malam 2 Mac lalu, Zakaria Hanafi mula mengorak langkah.

Tidak mahu membuang masa hanyut dengan kejayaan itu, calon BN yang ditemui Sinar Harian pagi selepas berjaya mencipta sejarah di Semenyih, komited melaksanakan tugasnya sebagai Yang Berhormat.

Katanya, beliau akan melaksanakan tugas sebaik mungkin selaras dengan mandat yang diberikan rakyat yang memilih beliau menang di PRK berkenaan.

Ikuti wawancara khas Sinar Harian bersama Zakaria, baru-baru ini.

Inisiatif YB selepas menang PRK DUN Semenyih.

Insya-ALLAH dalam perkara ini saya akan cuba jumpa dengan seramai mana pemimpin masyarakat, pemimpin persatuan penduduk, pemimpin penjaja dan sebagainya untuk memperhalusi permasalahan mereka.

Saya juga rencananya mahu menemui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi melihat dan meneliti permasalahan semasa yang mungkin saya boleh bantu.

Dalam perkara ini saya akan melihat segala permasalahan semasa, dalam isu (pendidikan, infrastruktur, kemudahan perniagaan) dan lain lain untuk diteliti dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

Saya juga bercadang untuk wujudkan badan khas bagi mengumpul maklumat berhubung permasalahan ini , sebelum bertindak menyelesaikan masalah yang berbangkit.

No Image Caption

Sebagaimana kita tahu kemenangan YB juga bertitik tolak daripada dokongan Pas, jadi bagaimana YB hendak terjemahkan rasa 'pertolongan' itu selain bagaimana isu kerjasama Pas-UMNO selepas ini?

Di peringkat bahagian, negeri, pusat akan susun perkara itu. Saya hanya akan mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti.

Tapi sekarang ini nampaknya kita perlu lebih kerap lagi untuk menjalinkan kerjasama dan pada pemerhatian saya gerak kerja kini lebih tersusun, kita harap akan lebih banyak jalinan kerjasama Pas-UMNO.

Apa lagi kerjasama Pas-UMNO yang akan direncanakan selepas ini?

Akan lebih banyak lagi (program), sekarang jalinan silaturahim sudah makin baik.

Kita telah berbincang untuk turut mengikuti program Pas , dan begitu juga jika kita melaksanakan program kita juga akan melibatkan mereka.

Kita akan cuba bersama sebaik mungkin. Saya lihat selama ini kita Pas-UMNO masih ada prasangka jadi saya harap hubungan ini dapat diperbaiki.

Persiapan YB sebelum masuk gelanggang DUN?

Kita nampak masalah banyak, terutamanya janji yang masih tidak dapat diselesaikan, jadi kita akan cuba melihat perkara ini untuk dibawa ke dewan.

Contohnya isu tol di Semenyih, kos sara hidup, kemudahan infrastruktur, kesesakan lalu lintas dan banyak lagi yang perlu saya beri perhatian.

Kita akan suarakan kerana semua itu akan memberi kesan kepada rakyat di DUN Semenyih ini.

Harapan YB?

Saya akan cuba memberi perkhidmatan terbaik dan membawa suara para pengundi Semenyih.

Suara mereka saya akan bawakan kepada peringkat DUN, pusat supaya saya selaku pembangkang dapat menjadi wakil yang berwibawa. Insya-ALLAH.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!