Elvina selamat bersalin bayi lelaki
PELAKON Datin Elvina Mohamad selamat bersalin anak pertama yang merupakan seorang bayi lelaki, di sebuah hospital swasta di Ampang, tengah hari tadi.
Menurut laporan sebuah akhbar, bayi yang dilahirkan normal dengan berat 2.9kg itu dinamakan Karl Mateen.
Difahamkan Elvina dimasukkan ke hospital pada hari Khamis dan dijangka bersalin pada Jumaat. Bagaimanapun pelakon yang mula dikenali menerusi drama Shhh.. I Love You ini selamat bersalin hari ini. Ibu dan anak kini dalam keadaan yang sihat walafiat dan dalam keadaan baik.
Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 23, mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Datuk Mohd Haniff Borhan, 32, pada 18 Mac lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sah bergelar isteri, Elvina jadi Datin muda]
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!