BAM kutuk komen rasis terhadap pemain negara

BAM mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan berbaur rasis yang tujukan kepada pemain perseorangan wanita negara, S.Kisona sebagaimana yang dimuat naik di media sosial pada Ahad.
BAM mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan berbaur rasis yang tujukan kepada pemain perseorangan wanita negara, S.Kisona sebagaimana yang dimuat naik di media sosial pada Ahad.
A
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM), mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan berbaur rasis yang tujukan kepada pemain perseorangan wanita negara, S.Kisona sebagaimana yang dimuat naik di media sosial pada Ahad.

Menerusi satu kenyataan media di laman facabooknya pada Ahad, BAM menegaskan tidak akan berkompromi atau bertoleransi terhaap apa juga tindakan berbaur perkauman atau diskriminasi.

Malah menurut kenyataan media berkenaan, BAM akan sentiasa menyokong pemain-pemain badminton negara.

BAM mengeluarkan kenyataan media berkenaan berikutan kenyataan berbaur perkauman yang dimuat naik oleh individu di media sosial pada Ahad.

Turut dimuat naik individu bekrenaan adalah status bergambar dengan kata-kata berunsur perkauman terhadap pemain berkenaan.

Dipercayai, kenyataan rasis itu dimuat naik berikutan kekalahan 7-21,5-21 Kisona kepada pemain ranking kelima dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi pada aksi separuh akhir Piala Sudirman di Vantaa, Finland pada awal pagi Ahad.

Sementara itu menerusi kenyataan media berkenaan juga, BAM menyatakan bahawa kenyataan sedemikian sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Malah, BAM turut meminta seluruh rakyat di negara ini untuk mengutuk tindakan berkenaan yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:KBS kecam komen perkauman terhadap atlet badminton

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!