Taman Tasik Metropolitan Kepong
Warga kota meluangkan masa dengan beriadah santai bersama ahli keluarga ketika tinjauan berkenaan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Taman Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju membenarkan peralihan fasa bagi tiga negeri dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada beberapa sektor berkuatkuasa 1 Oktober lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor) dan Melaka beralih dari Fasa Dua ke Fasa Tiga, manakala Kedah pula beralih ke Fasa Dua PPN. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!